Terma dan syarat bagi pelanggan kami.
1. Penerimaan Terma
Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk mematuhi semua syarat dan peraturan yang dinyatakan. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian, sila hentikan penggunaan laman ini.
2. Perkhidmatan Kami
Proksi Biz Solution menyediakan perkhidmatan seperti:
- Penyelenggaraan bangunan dan kediaman
- Baik pulih sistem elektrik, paip, aircond dan peralatan elektronik
- Kerja-kerja mengecat dan renovasi kecil
Perkhidmatan kami tertakluk kepada ketersediaan tenaga kerja dan kawasan liputan yang ditetapkan.
3. Tempahan & Bayaran
Semua tempahan perlu dibuat melalui borang di laman web, WhatsApp, atau panggilan terus.
Bayaran deposit mungkin diperlukan bagi kerja berskala besar.
Bayaran penuh perlu diselesaikan selepas kerja siap, kecuali jika ada perjanjian bertulis yang lain.
4. Pembatalan Tempahan
Pembatalan hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu temujanji.
Pembatalan lewat boleh dikenakan caj minimum.
5. Jaminan Perkhidmatan
Kami memberikan jaminan kualiti kerja selama 30 hari selepas tarikh kerja disiapkan.
Jaminan ini tidak meliputi kerosakan akibat kecuaian pengguna atau faktor luar (banjir, kilat, dll).
6. Had Tanggungjawab
Proksi Biz Solution tidak akan bertanggungjawab ke atas:
- Kehilangan atau kerugian tidak langsung akibat penggunaan laman atau perkhidmatan kami
- Kerosakan yang berlaku selepas jaminan tamat
- Informasi atau bahan pihak ketiga yang dipaparkan di laman ini
7. Hak Milik & Kandungan
Semua teks, imej, logo dan kandungan laman ini adalah hak milik Proksi Biz Solution.
Sebarang penggunaan semula tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang.
8. Perubahan Terma
Kami berhak untuk mengubah, mengemaskini atau memadam mana-mana bahagian daripada terma ini pada bila-bila masa tanpa notis. Sebarang perubahan akan dikemaskini di laman ini dengan serta-merta.
9. Privasi Anda
Maklumat peribadi yang anda berikan tertakluk kepada Dasar Privasi kami.
10. Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan tentang terma ini, sila hubungi:
Proksi Biz Solution
π§ Email: [email protected]
π Lokasi: Ulu Kinta, Perak