Pendawaian Elektrik
Rumah selalu ‘trip’? Tiada bekalan elektrik secara tiba-tiba? Nak tambah soket, pasang lampu, atau naik taraf sistem pendawaian sedia ada?
Perkhidmatan Mengecat
Rumah nampak kusam dan tak lagi berseri? Warna dinding yang sama mula buat rasa bosan?
Perkhidmatan Paip
Paip kerap bocor atau mengganggu aktiviti harian? Nak tambah saluran paip baru atau tukar kepala paip yang lama?
Sewa Rorobin
Sedang mencari roro bin untuk digunakan? Disediakan dalam pelbagai saiz — dari 1 tan, 2 tan hingga saiz kaki mengikut keperluan — sesuai untuk membuang pelbagai jenis sisa dan barangan tanpa had.
Pemotongan rumput & pokok
Rumput makin panjang sampai sakit mata memandang? Pokok pula makin tinggi hingga boleh jadi bahaya kepada keluarga dan jiran?
TENTANG KAMI
Syarikat berdaftar dalam bidang Building Maintenance yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk kediaman anda. Dari elektrik, paip, elektronik hingga mengecat – kami selesaikan semua masalah rumah anda, cepat dan mudah.
Misi kami? Tiada lagi pening kepala bila alatan atau sistem rumah rosak – kami datang bantu, bila-bila masa, di mana jua.
Team kami

Rumahku Syurgaku
Misi ini adalah untuk memastikan setiap rumah menjadi syurga di dunia. Setiap titik peluh yang dicurahkan di luar rumah wajar dibalas dengan ketenangan dan keselesaan apabila melangkah masuk ke dalam rumah sendiri.
Pendawaian Selamat
Setiap kerja pendawaian elektrik dilaksanakan mengikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga (ST), memastikan sistem elektrik rumah sentiasa dalam keadaan baik dan selamat untuk didiami.
Warna Menarik
Sebelum proses mengecat, taklimat berkaitan pemilihan cat terbaik akan diberikan. Kelebihan setiap jenis cat diterangkan agar cat tahan lama dan rumah kelihatan lebih hidup serta ceria.
Design Moden
Kerja penukaran alatan tradisional kepada alatan moden disediakan — termasuk pemasangan downlight, kipas moden dan pelbagai kelengkapan rumah yang lebih bergaya dan efisien.
Smart Home (IoT)
Kawal aktiviti kediaman anda hanya di hujung jari. Pantau penggunaan elektrik secara langsung dan hidupkan atau matikan peralatan elektrik dengan mudah melalui telefon pintar anda.
Pembersihan Lanskap
Bukan sekadar di dalam rumah, khidmat pembersihan turut merangkumi kawasan luar seperti halaman, persekitaran, serta elemen berkaitan penanaman dan lanskap.
Proses. Kerja
Harga mungkin bukan yang termurah, tetapi setiap sen yang dibayar adalah untuk perkhidmatan berkualiti. Kepuasan pelanggan menjadi keutamaan dan kualiti kerja adalah jaminan.
01
Site Visit
Lawatan ke lokasi kediaman akan dilakukan untuk mengenal pasti punca masalah dengan lebih tepat serta mencadangkan solusi yang paling sesuai dan berkesan.
02
Sebut Harga
Dokumen sebut harga akan dihantar untuk semakan. Proses rundingan boleh dijalankan bagi mencapai persetujuan dan kepuasan kedua-dua belah pihak.
03
Proses Kerja
Kerja akan dijalankan sehingga siap sepenuhnya, dengan pemantauan oleh tenaga berpengalaman bagi memastikan kualiti dan ketelitian terjaga.
Hasil Kerja

Kellie Castle
Pendawaian elektrik dengan memasang DB box serta soket dan lampu bagi penggunaan general worker ketika fasa renovate dilaksanakan.

Bandar Baru Putra
Membaiki kipas yang tidak berfungsi serta menjalankan kerja penambahan head shower di tandas utama & kedua.

Taman Klebang Jaya
Proses mencuci tanki septik di kediaman kerana sering tersumbat apabila hujan.

Darul Ulum Al Mahfuz
Mengecat rumah pengerusi Darul Ulum bagi memastikan kediaman sentiasa dalam keadaan ceria bagi kegunaan anak tahfiz.

Bandar Baru Putra
Melaksanakan aktiviti waterproofing atap kerana sering bocor ketika hujan.





Get in touch
Berpengalaman dalam bidang penyelenggaraan bangunan, dengan kepakaran menyelesaikan pelbagai masalah di kediaman anda.
Cari Kami
Ulu Kinta
Ipoh, Perak
01999 843 99

PROKSI BIZ SOLUTION (003725441-K)
Ulu Kinta, Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.